Berteleku daku di laman rumah
mengimbau kembali sejarah silam
mengenangkan kezaliman Sang Penjajah.
Yang adam menjadi buruh paksa
yang hawa dicabuli kehormatannya.
Sungguh
sungguh hitam pekat hati mereka
sungguh berjiwa syaitan
sungguh menyayat hati
sungguh merentap jantungku.
Sukar bagiku mencari jalan keluar
hanya hidup menghitung hari
menanti hari esok yang belum pasti
adakah lagi sinar kebahagiaan menanti?
Kicauan burung pulang petang
menyentakkan daku
menyedarkanku dari lamunan yang panjang
membawaku ke dunia realiti
yang kurasai akan nikmatnya.
Marcapada kini
segalanya kian berubah
tiada lagi penjajah
yang memusnahkan tanah airku tercinta.
Alhamdulillah
syukur nikmat ku panjatkan ke hadrat Ilahi
kerana anak cucuku
tidak lagi dibayangi keperitan
zaman dahulu kala.
Wahai anak muda
kaulah penyambung generasiku
hayatilah sebuah pengorbanan
insan terdahulu.
Cintailah bumi Malaysia
jangan kau ulangi
kesilapan yang lampau.
MERDEKA!
MERDEKA!
MERDEKA!
No comments:
Post a Comment